Sabtu, 21 April 2012

Video Pengajaran Mikro

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Muat turun Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA – Tahun 1
Tarikh/Hari : 12 APRIL 2012 / Khamis
Kelas : 1 Dinamik
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Bersih dan Sihat
Tajuk : Bersihkan Diri
Masa : 8.10 pagi – 9.10 pagi
Tempoh masa : 60 minit
Bilangan Pelajar : 32 orang
Fokus Utama : Standard Kandungan
1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, sukukata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul
Standard Pembelajaran
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan
betul dan tepat.
Fokus Sampingan : Standard Kandungan
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat
daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard pembelajaran.

2.2.1Membaca dan memehami perkataan yang mengandungi dua
2.2.1Membaca dan memehami perkataan yang mengandungi dua
atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:

  • Mendengar dan mengecam perkaitan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.
  • Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
  • Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
  • Pengetahuan sedia ada : a) Murid-murid mengamalkan tabiat menjaga kebersihan diri atau melihat tersebut melalui media massa.
  • Konsep : Murid dapat mengecam dan mengeja perkataan yang berkaitan anggota badan
  • Bahan : Lembaran kerja, gambar-gambar anggota badan, kad perkataan, alatan kebersihan (berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu) .
  • Nilai : Menjaga kebersihan, berjimat-cermat dan berdisiplin.
 

Khamis, 29 Mac 2012

Yang Indah itu Bahasa

PANTUN NASIHAT





Apa guna berkain batik
kalau tidak dengan sucinya;
Apa guna beristeri cantik
kalau tidak dengan budinya



Pulau Pandan jauh ke tengah
gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang jua

Siakap senohong
gelama ikan duri;
Bercakap bohong
lama-lama mencuri



Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati



Tenang-tenang air di laut
sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut
budi baik rasa nak sanjung



Tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa





Jumaat, 23 Mac 2012

Indahnya Malaysiaku

Kunjungilah ke beberapa destinasi menarik di negara kita. Destinasi yang menjanjikan ketenangan dan kedamaian. 

Langkawi, Kedah

Sarawak, Bumi Kenyalang