Khamis, 29 Mac 2012

Yang Indah itu Bahasa

PANTUN NASIHAT





Apa guna berkain batik
kalau tidak dengan sucinya;
Apa guna beristeri cantik
kalau tidak dengan budinya



Pulau Pandan jauh ke tengah
gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang jua

Siakap senohong
gelama ikan duri;
Bercakap bohong
lama-lama mencuri



Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati



Tenang-tenang air di laut
sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut
budi baik rasa nak sanjung



Tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa





Jumaat, 23 Mac 2012

Indahnya Malaysiaku

Kunjungilah ke beberapa destinasi menarik di negara kita. Destinasi yang menjanjikan ketenangan dan kedamaian. 

Langkawi, Kedah

Sarawak, Bumi Kenyalang



Rabu, 14 Mac 2012

Selamat Datang

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung laman blog Cikgu Sabar. Semoga anda semua senang melayari blog Cikgu ;)